Friday 15 April 2011

Hukum Merancang Anak

Hari ni nak berkongsi satu artikel tula..bukan artikel sebenarnya tapi dari sessi soal jawab dalam buku Anis keluaran Mac 2011..
Di jawab oleh ustazah Maznah Daud (JAKIM)..

Seseorang bertanyakan tentang hukum merancang keluarga atau anak berikutan anaknya berumur 5,4 dan 2..alasannya kerana ingin memberikan perhatian kepada ketiga2 anaknya selain merasakan ekonomi keluarga msh belum kukuh dan tidak mempunyai rumah sendiri dan menumpang di rumah ibunya...

Antara jawapan yang diberi:
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, bilangan anak dan anak yang ramai merupakan sebahagian daripada nikmat Allah kepada hambanya.
Ini difahami daripada kata2 nabi Syu'aib kepada kaumnya sebagaimana yg disebut di dlm firman Allah:
"...dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai..."(al-A'raf: 86)

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya berkahwin dengan wanita yg boleh melahirkan ramai anak. Mu'aqqal bin Yasar r.a melaporkan bahawa seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah mencintai seorang wanita yg baik keturunan serta kedudukannya tetapi wanita itu tidak dapat melahirkan anak..Dia meminta pandangan baginda apakah wajar dia menikahinya? Baginda melaranganya..Lelaki itu bertemu Rasulullah selama 3 kali tetapi jawapannya masih sama dan bersabda:
"Nikahilah wanita yang dapat melahirkan anak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan ramainya bilangan kamu"(Sunan An-Nasai)

Kesimpulan dari 2 perkara di atas, usaha untuk mencegah kehamilan atau mengehadkan bilangan anak tanpa sebab yg syarie adalah haram kerana bercanggah dengan prinsip Islam serta fitrah kejadian manusia itu sendiri. Begitu juga perbuatan menghalang kehamilan kerana takut papa. Ini merupakan sebahagian daripada saki baki masyarakat jahiliah yg tidak beriman kepada Allah dan berburuk sangka kepada janji2 Allah.

Firman Allah:
"Dan janganlah kamu membunuh anak2 kamu kerana takutkan kepapaan; kamilah yg memberi rezeki kpd mereka dan kpd kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah kesalahan yg besar".(Al-Isra': 31)

Usaha menjarakkan anak untuk memberi tumpuan kepada penjagaan san didikannya adalah HARUS.
Jarak yg paling baik ialah antara 2 hingga 3 tahun kerana Allah menyatakan tempoh menyusu sempurna adalah 2 tahun.

Begitu juga HARUS menghalang kehamilan dengan sebab kemudaratan yg ditanggung oleh ibu seperti sakit atau sebagainya sengan syarat mendapat pengesahan doktor pakar yg amanah.

No comments: